Zaman sekolah merupakan antara kenangan manis yang diingati ramai.Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari di sekolah. Juga inilah zaman anda banyak mencipta kenangan pahit manis bersama kawan-kawan.1. Sebelum SPM : “Kita jumpa lepas SPM, ok?”. Lepas SPM: Semua dah hilang2. Setiap tahun sekolah hantar surat jemputan perjumpaan PIBG. Setiap tahun juga 95% ibu bapa tak hadir perjumpaan3. Pelajar : “Cikgu, nak gi tandas”. Tawaf satu sekolah – dari kelas ke kantin, padang, koperasi dan akhirnya baru jumpa tandas.4. Dapat keputusan periksa teruk. Ibu bapa : “mana keputusan periksa?”Anda : “Cikgu tak bagi lagi”5. Sekolah rendah : Ketua kelas tulis nama dan kesalahan di papan putih kat depan.Sekolah menengah : Ketua kelas buat bising6. Mak ayah marahAnda: *Diam*Mak ayah: “Kenapa diam? Jawab la!”Anda : *jawab*Mak ayah: “Eh dah pandai menjawab ye sekarang!”7. Cara kita berbelanja masa di sekolah :40% – Kantin30% – Kedai buku sekolah20% – Makanan ringan10% – Kawan ‘pinjam’ sampai sekarang tak bayar balik
8. Selalu minta ‘markah kesian’dengan cikgu9. 100 meter lumba lari = tak boleh. Lari daripada pengawas/guru disiplin = boleh10. Lompat tinggi = tak lepas. Panjat pagar = lepas
11. Kutuk orang lain = okay. Masa kena kutuk balik = merajuk12. Perhimpunan – rasa macam perhimpunan paling panjang, kena dengar ucapan yang langsung tak menarik dan membosankan13. Ucapan pembuka kata guru besar : “Saya cuma nak ambil sedikit masa untuk berucap”. 30 minit kemudian – “sekian, terima kasih”14. Pelajar : “Cikgu, soalan apa yang keluar dalam exam?”Cikgu: “Eh mana boleh bagitau. Tapi bab ni sangat penting ye”15. Ada 2 jenis merdeka, hanya di sekolah di Malaysia– 31 Ogos– Lepas habis paper akhir exam16. PMR – Straight A’s. Add Maths Tingkatan 4 :Ujian bulanan 1 – GagalPeriksa pertengahan tahun – GagalUjian bulanan 2 – GagalPeriksa akhir tahun – Gagal17. Anda beli semua buku teks. Kawan-kawan : “Wuiiiishhhhh.. Anak orang kaya”18. Bila buat homework, mesti siapkan homework cikgu garang dulu.19. Alasan paling biasa bila homework tak siap – “lupa bawa buku, cikgu”20. Berharap loceng kecemasan berbunyi bila kelas cikgu yang tak digemari.21. “Spotcheck!” – cuba sedaya upaya sorok handfon di mana saja yang boleh, termasuk dalam baju dalam22. Hari terbuka – hari paling di tunggu oleh guru dan ibu bapa, tapi hari paling ditakuti pelajar23. Bola recycle – dari botol plastik dan tin air gas. Berebut sepak ramai-ramai.24. Gossip paling kerap :“Aku tak tau lah apa perasaan awek tu kat dia”“Aku dengar dia lari ikut boyfriend dia”“Aku rasa makmal sains tu berhantu lah”25. Conteng meja sekolah, dan cikgu pula berkali-kali ulang ayat yang sama – “jangan conteng meja”
26. Suka pergi perpustakaan, bukan untuk membaca tapi sebab ada aircond yang sejuk27. Ternanti-nanti loceng waktu balik berbunyi. Sebaik saja loceng bordering, terus terkam lari keluar tak peduli apa dah.28. Cara cikgu pandang bila ingatkan cikgu dengan ayat ni – “cikgu, dah habis masa!”29. Masa paling best bila cikgu cakap – “buat kerja sendiri”30. Cepat-cepat tuck-in baju bila nampak cikgu disiplin 10 meter di depan.31. Potong kuku sebelum perhimpunan sebab tak nak kena tangkap kerana “kuku panjang”32. Hari pertama masuk kelas terus chop tempat paling belakang33. Rasa tak puas hati bila cikgu pindahkan tempat dari duduk sebelah kawan ke tempat lain.Dan kini, rasa rindu menjengah di hati bila teringat balik kenangan zaman sekolah kerana ia tak akan berulang lagi. Mungkin ada masanya terasa teruk dengan homework yang banyak, aktiviti koko dan kena study untuk SPM, tapi zaman sekolah adalah antara zaman paling manis dalam hidup.
ANTARA CERITA LAIN YANG MENARIK UNTUK DI BACA






No comments:
Post a Comment