Pages

Kalau Nak Perli Dan Sindir Boleh, Tapi Kalau Fitnah Saya Akan Saman - Datuk Ahmad Maslan

Mana-mana pemimpin yang menjadi mangsa fitnah di media sosial disaran untuk dijejaki dan tindakan saman perlu diambil, lapor Projek MMO.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan undang-undang dapat mengurangkan budaya fitnah dan mewujudkan suasana media sosial lebih beretika.




“Cari pemilik akaun media sosial dan saman mereka yang memfitnah, seperti yang dibuat oleh presiden Umno.

“Supaya pemfitnah berhenti daripada berbuat demikian dan tahap etika penggunaan media sosial akan meningkat.

“Saya juga akan saman jika ada orang fitnah saya selepas ini. Memang sebelum ini saya gunakan #AdaAkuKisah di media sosial jika ada yang perli atau menyindir saya.

“Ahli politik mana yang tidak diperli, itu biasa. Tapi jika fitnah, memang aku kisah,” beliau dilaporkan berkata.

Beliau mengulas demikian selepas Datuk Seri Najib Razak telah bertindak menyaman Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam rakaman video membabitkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355, bulan lalu.

Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment