Pages

[PART 2] Makhluk Misteri Kepercayaan Barat

Pada post [PART 1] sebelum ini EarthViral dah dedahkan 2 jenis makhluk pelik kepercayaan barat iaitu The Leshy dan Berserkers.

Untuk [PART 2] EarthViral akan kongsikan 2 lagi makhluk pelik kepercayaan barat. Kalau korang berani, teruskan membaca  (n_n)


WENDIGO
Wendigo adalah makhluk yang muncul dalam mitos orang Algonquian. Mereka menggambarkan Wendigo ini seperti anjing, binatang besar seperti alien.

Wendigo adalah makhluk jahat dan suka makan haiwan dan manusia. Makhluk ini hidup dalam cuaca dingin. Makhluk ini juga memiliki badan yang besar dan mempunyai wajah yang menyeramkan.

Ia sering di temui di kawasan-kawasan hutan dan bukit-bukau. Makhluk ini sering mengganggu manusia pada waktu malam kerana pada waktu itu makhluk itu terlalu aktif..



LYCANTHROPE
Lycanthrope atau ada manusia yang memanggilnya serigala yang memiliki kemampuan berubah bentuk. Lycanthrope merupakan cerita mistos masyarakat Eropah.Makhluk ini banyak di temui di kawasan pedalaman dan hutan.


Mengikut kepercayaan Eropah, manusia yang terkena gigitan haiwan jadian ini akan bertukar menjadi manusia serigala pada setiap malam mengambang.

Makhluk ini suka memburu haiwan dan manusia untuk di jadikan sebagai makanan. Ia membiak melalui virus serigala yang boleh mengubah fizikal manusia menjadi serigala.

Ia akan bertukar menjadi manusia sebaik saja bulan mengambang tamat. Manusia ini akan bertindak liar dan memburu pada waktu lewat malam di bulan mengambang.


TO BE CONTINUE

Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment