Pages

Elektrik Sudah Wujud Pada Zaman Purba!

Pada zaman pemerintahan Mesir purba dulu kala terbina monumen-monumen terdiri daripada bilik-bilik dan lorong-lorong yang gelap. Persoalannya adakah mereka hidup dalam kegelapan?

Namun , kajian yang di jalankan oleh Profesor Dr. Helmuth Satzinger dari Muzium Kunsthistorisches di Vienna tidak menunjukkan penggunaan lilin ataupun pelita.

Pada tahun 1936, ahli arkeologi Austria, Dr. Wilhelm Konig yang menjalankan kerja mencari gali di penempatan kuno Parthian dan sekarang ia di kenali sebagaii Iran menemui suatu objek aneh tertanam di tapak tersebut.

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang di susun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 12 sentimeter dan berukuran 2.5 sentimeter luas.

Hasil dari kajian lanjutan mendapati silinder itu sebenarnya adalah bateri kuno dan ia mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 voltan hingga 2 voltan.

Bukti ini menunjukkan teknologi pada zaman itu boleh di katakan setaraf dengan teknologi kita sekarang. Jelaslah terbukti bahawa orang Mesir purba mampu menghasilkan sumber tenaga berasaskan tenaga elektrik.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekaligus menyangkal bateri pertama kali di cipta pada tahun 1800 oleh Count Alessandro Volta.


Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment