Pages

6 Punca Lelaki Akan Diam Atau Termenung

Benarkah lelaki lebih diam berbanding wanita?
Ataupun mereka hanya akan mendiamkan diri apabila ada perkara mengganggu fikiran atau hatinya?

EarthViral akan dedahkan antara punca lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.



1. DI LANDA MASALAH
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.


2. BERBICARA SOAL PERKAHWINAN
Lucu bukan?
Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggunggjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan sebelum berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.


3. PUTUS CINTA
Itu petandanya hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya di dustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.


4. BALIK RUMAH MERTUA
Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit agar tidak di anggap "kera sumbang".


5. TERJUMPA BEKAS KEKASIH
Apabila dia sedang berjalan dengan isteri ataupun kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasihnya. Oh, lidahnya kelu untuk berbicara. Mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita, jangan mudah melenting.


6. APABILA RAHSIA TERBONGKAR
Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak-dalih, cuma mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentleman, dia lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah di jelaskan keadaan yang sebenar.

Pasangan anda pula bagaimana? (n_n)

Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment