Pages

[PART 1] Makhluk Misteri Kepercayaan Barat

Masyarakat barat percaya bahawa wujudnya pelbagai makhluk misteri menyerupai manusia dari bentuk semula jadinya. Ia di gambarkan sebagai roh , makhluk atau hantu yang amat di takuti.

Seperti mana masyarakat Asia percaya kepada kewujudan hantu dalam kehidupan manusia, masyarakat Barat juga mempunyai pandangan yang serupa.

Sama ada ia wujud atau tidak, kepercayaan ini sudah sebati dengan kehidupan mereka yang masih mempercayai kewujudan makhluk-makhluk aneh dan menakutkan ini.

EarthViral dedahkan sebahagian makhluk misteri kepercayaan barat dalam post kali ni


THE LESHY
The Leshy adalah roh lelaki yang tinggal di dalam hutan. Bagi masyarakat Slavia mereka percaya roh ini wujud dan berkemampuan bertukar rupa menjadi manusia, haiwan dan tumbuhan.

Leshy  digambarkan berbentuk besar , memiliki janggut, berkulit putih pucat, mata hijau gelap, berkuku dan bertanduk, memiliki tubuh seperti beruang dan bigfoot.
Makhluk ini di anggap Raja Hutan dan amat di takuti haiwan lain. Ia juga mengganggu manusia yang berjalan sendirian di dalam hutan. Leshy boleh meniru suara haiwan dan manusia. Makhluk ini selalunya menyembunyikan diri dalam gua di hutan yang tebal.



BERSERKERS
Berserkers adalah sekelompok perajurit Norway di masa hayat mereka. Makhluk ini mempunyai tubuh badan yang sasa, bermata merah dan suka membunuh.

Bagi masyarakat Norway, Berserkers adalah hantu jelmaan yang suka memburu haiwan untuk di jadikan makanan. Manusia juga tidak terkecuali menjadi mangsa Berserkers sekiranya mereka tidak mempunyai pilihan.
Hantu ini selalunya berada di hutan dan tempat-tempat yang pernah menjadi penginapan perajurit Norwegia. Sehingga kini, masih ramai yang percaya wujudnya makhluk aneh ini.




TO BE CONTINUE

Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment