Pages

Kentut Lembu Di Jual Dalam Tin?

Perubahan zaman makin ketara dapat kita lihat sejak kebelakangan ini. Pelbagai teknologi, ciptaan dan produk baru di lancarkan. Namun, apa pendapat anda jika ada kedai yang menjual kentut lembu yang dimuatkan dalam tin?

Dengan harga serendah 5Euro di Jerman, anda kini mampu memiliki setin kentut lembu yang boleh di bawa kemana-mana. Projek ini di bangunkan khas untuk mereka yang berasal dari kampung dan berhijrah ke tempat lain yang rindu akan bau-bauan ladang, kandang lembu, tanaman dan lain-lain.

Penciptanya, Daniela Dorrer yang berasal dari Bavaria, Jerman berkata bahawa beliau mengharapkan dengan produk terbaru ini dapat mengubati rindu mereka terhadap kampung halaman.

Produk ini di buat dari jerami-jerami dan rumput yang di ambil dari ladang yang kemudian di peram untuk menghasilkan bauan seakan-akan ladang.

Kemudian, bauan dari lembu juga di ambil untuk menghidupkan lagi suasana ladang tersebut. Produk ini di katakan mendapat sambutan di Jerman.

Kini, Daniela Dorrer merancang untuk mengekstrak pelbagai bauan lain seperti kuda, babi dan najis untuk menambahkan perisa baru kepada produknya itu.

Produk ini juga mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana di khuatiri kandungan methane di dalam bauan itu mampu menjejaskan kesihatan pengguna.

Seekor lembu mampu mengeluarkan methane sebanyak 350 liter sehari dan ia di katakan tidak bagus untuk alam sekitar.

Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment