Pages

9 Planet Seperti Bumi!!! Khas Untuk Korang Yang Nak Pindah Planet

Kami di EarthViral menerima banyak permintaan dari orang awam untuk carikan planet yang sesuai bagi mereka yang sudah bosan tinggal di planet bumi.

Untuk pengetahuan anda, para saintis di bumi sudah lama mencari dan mengkaji tentang kewujudan planet lain yang seakan planet bumi.

Hari ini kami bongkarkan beberapa planet  sesuai untuk di huni oleh makhluk bumi yang mempunyai atmosfera dan persekitaran sama seperti bumi.








9. GLIESE 581
Ia terletak sejauh 20.2 tahun cahaya dari bumi. Planet ini di anggap sebagai planet sejuk dengan purata -18 darjah Celcius dan berkemungkinan mempunyai sumber air di permukaannya.






8. HD 85512 B
Planet ini berukuran 3.6 kali ganda lebih besar dari bumi. Ia juga mengalami fenomena tidally locked di mana sebelah sisinya yang menghadap matahari mengalami waktu siang manakala sebelah sisi lagi mengalami waktu malam. Planet ini menerima 1.86 kali ganda cahaya matahari daripada yang di terima bumi.








7. KEPLER-69C
Ia adalah 1.7 kali ganda lebih besar dari bumi dan terletak dalam zon boleh di diami. Planet ini di katakan mempunyai ciri sama seperti planet Zuhrah dan berkemungkinan mempunyai sumber air.








6. TAU CETI E
Saiz planet ini adalah 1.8 kali ganda lebih besar dari bumi dan mempunyai matahari yang sangat stabil. Permukaannya di percayai berbatu dan terletak sejauh 11.9 tahun cahaya dari bumi.








5. GLIESE 667 CC
Ia kelihatan sama seperti planet Marikh dan saiznya 3.8 kali ganda lebih besar dari bumi. Permukaannya adalah berbatu dan mempunyai 85 peratus persamaan seperti bumi. Ia juga menerima 90 peratus cahaya matahari yang di terima bumi.










4. KEPLER-62F
Planet ini 1.4 kali ganda lebih besar dari bumi. Mataharinya juga adalah lebih kecil dan lebih sejuk serta berwarna kuning kemerah-merahan jika di lihat dengan mata kasar. Ia juga mempunyai permukaan berbatu dengan kebarangkalian tinggi untuk mempunyai sumber air.








3.KEPLER-62E
Planet yang terletak sejauh 1200 tahun cahaya ini berukuran 1.6 kali ganda lebih besar dari bumi. Permukaannya adalah berbatu dan turut di litupi lautan serta langit mendung.








2. GLIESE 581 G
Saiznya adalah 1.5 kali ganda lebih besar dari bumi. Permukaan planet yang berada dalam zon boleh di diami ini adalah berbatu dan persekitarannya di dakwa boleh menyokong sumber air.








1. KEPLER-22B
Planet ini adalah kira-kira 2.4 kali ganda saiz bumi. Selain kaya dengan sumber air, ia juga di katakan paling sesuai untuk hidupan bumi kerana persekitarannya adalah kira-kira 22 darjah Celcius.








Jadi, macam mana pilihan korang?
dah packing barang ke belum nak pindah ke planet baru? :)
Jangan lupa share kepada kawan-kawan anda yang lain



ANTARA CERITA LAIN YANG MENARIK UNTUK DI BACA
What happens when Malaysians take on the decaf test… with a twist.
18 Nostalgic Childhood Memories Only Malaysian Kids Will Understand


Blogger

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment